Welcome to Sistem Pangkalan Data Kampung...
   Sistem Pangkalan Data Kampung (SPDK) adalah sebuah sistem pangkalan data penduduk di sesebuah kampung/kawasan secara talian terus (online).

   Sistem ini dibangunkan bertujuan untuk memudahkan sistem pengurusan penduduk di sesebuah kampung/kawasan bagi menggantikan sistem tradisional yang banyak menggunakan kertas/fail.

   Sistem ini memberikan akses kepada 2 kategori bagi setiap kampung iaitu ketua sesebuah kampung (Ketua Kampung) atau orang-orang yang diberi mandat untuk menguruskan sistem (Administrator) dan orang luar yang dibenarkan untuk mengakses sistem ini akan dikenali sebagai Pelawat.

   Seseorang Administrator mempunyai tanggungjawab penuh terhadap pengurusan pangkalan data nya. Termasuklah menambah, mengemaskini dan menghapuskan rekod. Pihak Administrator juga mempunyai akses untuk membenar atau menidakkan akses oleh pengguna bagi kategori pelawat.
Kepentingan SPDK
Sistem ini amat penting dalam pentadbiran sesebuah kampung kerana beberapa perkara berikut :
  • Pencarian maklumat penduduk menjadi sangat pantas.
  • Maklumat penduduk boleh dikemaskini dengan mudah.
  • Sistem pangkalan data penduduk menjadi lebih tersusun dan mudah diuruskan.
  • Pihak Administrator boleh memberikan maklumat penduduk kepada pihak berkuasa (jika diperlukan) secara lebih kemas dan tersusun.
  • Bancian penduduk akan menjadi lebih mudah, pantas dan efisien.
  • Menjimatkan banyak kos pengurusan lain seperti kos filing dan ruang.
  • Memudahkan pihak berkepentingan lain dalam pencarian maklumat penduduk seperti Majlis Daerah, Polis, ADUN dan sebagainya.
Antara Modul-Modul SPDK
  • Akaun Pentadbiran
  • Info Kampung
  • Senarai Ahli Jawatan Kuasa Kampung
  • Senarai Penduduk
  • Muat Naik Gambar AJK
  • Muat Naik Gambar Penduduk
  • Info Peribadi Penduduk
  • Info Keluarga Penduduk
  • Info Pendidikan Penduduk
  • Info Pendidikan Keluarga Penduduk
  • Dan banyak lagi...
Copyright©e-kampung.com 2012. All right reserved.
All Trademarks Are The Property of Their Respective Owner.

Web Services


Instant Web
Business Web
Corporate Web
System Web
Joomla

Programming


HTML - XML
PHP - MySQL
JavaScript - Ajax - JSon
Flash - Action Script

Contact Us


Tel : +6019 2457 655
Add : 114-A, JALAN STESEN KERETAPI, MATA AIR,
KANGAR, PERLIS 02500, MALAYSIA